Bengkel Microsoft Bersama Pelajar FND Giatmara Rantau Panjang (Siri 1)
24 Januari 2022 | Aktiviti TerkiniPada 23 Januari 2022, Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Bukit Tandak telah mengadakan bengkel Microsoft bersama 10 orang pelajar ‘Fashion and Dressmaking’ FND Giatmara Rantau Panjang (Siri 1). Bengkel ini bermula jam 9.30 pagi hingga 11.00 pagi di bilik latihan PEDi Bukit Tandak. Tujuan bengkel ini untuk memberi tunjuk ajar kepada peserta tentang fungsi-fungsi yang terdapat di Microsoft Office Word dan cara penggunaan ‘keyboard’. Selain itu, peserta juga dilatih untuk mencari gambar daripada enjin carian Google dan menambahkan gambar ke dalam Microsoft Office Word. Seterusnya, tujuan bengkel ini juga memberi latihan kepada peserta tentang cara membuat kertas kerja dan laporan.
Berikut adalah butiran bengkel:
1. Penerangan tentang setiap kompenan ‘keyboard’
2. Penerangan mengenai cara memasukkan gambar dan penggunaannya yang terdapat di dalam Microsoft Office Word.
3. Penerangan mengenai cara membuat jadual, bentuk dan merge
4. Aktiviti menaip dokumen menggunakan format seperti font yang diperolehi daripada carian enjin.
5. Peserta diajar cara-cara menyimpan (save) dokumen dan mencetak.
6. Sesi Q&A
Seterusnya, antara kelebihan bengkel adalah peserta yang mahir dalam aplikasi Microsoft Office Word akan memudahkan mereka dalam menyiapkan laporan di pejabat. Bukan itu sahaja, peserta dapat meningkatkan keupayaan dalam ilmu pengetahuan teknologi maklumat. Bengkel ini juga dapat memberi kemudahan kepada peserta untuk membuat document-dokumen kerja, rumusan pengiraan dan penyimpanan data. Akhir sekali, diharapkan bengkel seperti ini dapat membantu peserta dari segi menyiapkan kerja krusus, resume untuk pekerjaan dan sebagainya.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: